Di dalam media Amy_Mastura

Amy dikenali sebagai seorang artis yang berdisiplin dan bersih daripada gosip. Pada era 90an, beliau dikatakan intim dengan ahli kumpulan Blackrose iaitu Ajin. Ajin dan Amy sama-sama mengusahakan Amy Mastura Entertainment ketika usia muda. Namun jodoh mereka tiada, sebaliknya Amy memilih teman zaman kecilnya iaitu Alvin Tham Suffian, seorang jurutera carigali sebagai suami. Pelawak Zul Yahya merupakan rakan sekolahnya ketika remaja manakala Azhar Sulaiman, Riezman Khuzaimi, Ahmad Idham, Nina Juren dan Anuar Zain merupakan antara rakan rapatnya sejak mula menceburi bidang seni. Amy juga rapat dengan angkatan artis-artis baharu seperi Sherry Alhadad, Misha Omar dan Farah Fauzana.[27][28]

Amy dikurniakan dua orang anak gadis yang comel, Adriana dan Adalia serta bahagia bersama suami tersayang hingga kini.[29][30] Amy juga mempunyai pertalian saudara dengan pemain bolasepak antarabangsa Nazmi Faiz. Pada bulan Jun 2015, Amy mengambil langkah drastik apabila mengenakan hijab ketika mempromosikan single terbaru Jom Menarilerr.[31] Penampilan terbarunya mendapat perhatian positif daripada peminat. Walaupun tampil dengan imej bertudung,[32] Amy berkata beliau tidak semestinya perlu mengubah genre nyanyian asalnya kepada konsep ketuhanan.[31][33][34]

Dalam temuramah dengan mStar Online, Amy memberitahu faktor beliau jarang mendedahkan tentang perihal keluarganya kepada umum antara kunci kebahagiaan bersama suami, Alvin Tham Suffian yang dikahwininya sejak 2000.[35] Beliau bersyukur sepanjang tempoh itu tiada masalah besar yang melanda hubungan mereka suami-isteri selain kehadiran dua cahaya mata banyak menguatkan lagi ikatan mereka sebagai pasangan. Amy tidak menafikan lumrah hidup sebagai suami-isteri akan wujud salah faham namun pengalaman hidup berumahtangga membuatkan dia banyak belajar untuk menyelesaikan masalah.[35][36]

Rujukan

WikiPedia: Amy_Mastura http://www.amymastura.com http://www.budiey.com/amy-mastura-dilantik-menjadi... http://www.budiey.com/gambar-amy-mastura-di-pelanc... http://www.dailychilli.com/happenings/10044-amy-ma... http://www.imdb.com/name/nm0557899/ http://malaysiandigest.com/hiburan/573014-amy-mast... http://www.rotikaya.com/amy-mastura-akui-bimbang-a... http://www.star2.com/entertainment/tv/2016/05/15/w... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/148679